Kerjaya Dr. Samhan

1. Kerjaya Awal - Doktor Pelatih

Dr. Samhan berkhidmat sebagai doktor pelatih di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu selama 2 tahun.

2. Kerjaya Awal - Pegawai Perubatan

Pada tahun 2019, Dr. Samhan berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Unit Kecemasan, di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur selama 2 tahun.

3. Kerjaya - Ahli Lembaga Pengarah Klinik Swasta

Dr. Samhan kemudiannya membuka klinik swasta yang kini beroperasi di Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur. Beliau berkhidmat sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Klinik Ikram dan Klinik Hijraa Chendering.

4. Kerjaya - Pengasas dan Ahli Lembaga Pengarah HIM Clinic

Dr. Samhan mengembangkan kepakaran dalam bidang kesihatan lelaki selepas menerima pengiktirafan daripada National University of Singapore. Pada November 2022, beliau memulakan operasi HIM Clinic iaitu klinik yang berfokuskan untuk merawat masalah seksual lelaki - ejakulasi pramatang dan disfungsi erektil . For Him Spray, produk pertama yang dilancarkan oleh Dr. Samhan diformulasikan oleh beliau sendiri untuk merawat ejakulasi pramatang terjual sebanyak sepuluh ribu unit semasa bulan pertama pelancaran produk tersebut.

Penubuhan syarikat ini merupakan inspirasi daripada pengalaman beliau di klinik perubatannya sendiri, di mana beliau menyaksikan cabaran yang dihadapi oleh ramai lelaki yang malu untuk datang ke klinik untuk berkongsi tentang masalah kesihatan seksual lelaki. Kini, Dr. Samhan membuka HIM Wellness untuk merawat mereka di Plaza Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

5. Kerjaya - Public Figure

Pada tahun 2019, Dr. Samhan mula berkongsi ilmu kesihatan seksual dalam media sosial beliau. Berkongsi kandungan yang dianggap sensitif itu bukanlah perkara mudah. Beliau terpaksa berdepan dengan komen negatif pada peringkat awal tetapi ia tidak mematahkan semangatnya untuk membantu menyelesaikan masalah lelaki. Hasil perkongsian yang berterusan daripada Dr. Samhan telah membuka mata masyarakat tentang kepentingan kesihatan lelaki. Sehingga kini, perkongsiannya diikuti seramai 1.5 juta orang di TikTok, 645,000 di Facebook, 230,000 di Telegram, 200,000 di Instagram dan 70,000 di platform X . Beliau juga menerima ribuan ucapan terima kasih kerana sudah menyelamatkan rumah tangga dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kaum Adam .

Rujukan

WikiPedia: Dr. Samhan https://www.forhimclinic.com/ https://ohbulan.com/dr-samhan-seronok-kongsi-ilmu-... https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2023/08... https://my.linkedin.com/in/dr-samhan-8b921262 https://relevan.com.my/2023/12/28/3-5-juta-lelaki-... https://relevan.com.my/2023/12/28/padam-tabu-kesih... https://www.sinarharian.com.my/article/275178/beri... https://www.astroawani.com/gaya-hidup/apa-perlu-bu... https://www.astroawani.com/gaya-hidup/tangani-pend... https://www.kosmo.com.my/2022/07/15/kencing-berdir...